Sunday, January 26, 2014

Gunung Suku .. kenangan terindah , secalit rindu

Para pembaca budiman .kalau nak info lanjut pasal gunung ni posting lah komen ya .
buat masa ini saya cuma buat tajuk jer dulu .isi kandungan pasal gunung ni saya up kemudian , kalau ada orang post komen maybe saya akan ingat selalu .tak ingat berapa kali naik sini  .gunung ini lain dari yang lain sebab feel mendaki tu memang tip top lah .sangat teruja , trek pun cantik , sampah hampir tiada di puncak dan kem site. Sampah on trek pun boleh dikatakan tiada. Trek pun ok , tak basah tak kering. Hakisan pun kurang.

to be continue.. hahhaha

..................................................

Gunung ini bagi aku menyeronokkan walaupun ada orang kata suffering sebab rupa bentuk muka buminya . Well guys , exceli rupa bumi tu memang berbukit ,gunung ganang tapi kita yang nak ke situ . Nak tak nak kena hadap treknya yang memang gitu .

Geocode for Gunong Suku, Malaysia: Latitude: 4.55 / Longitude: 101.333333

Kalau orang ajak naik , yes, aku akan kembali trekking Gunung Suku ini . Aku suka dengan trek yang masih cantik , bersih , tidak terusik . Cuma trek ni ramai yang suffering sebab PACAK ( PANGOK) bermula dari trail head sampai lah ke puncaknya . Tiada maaf untuk jumpa kawasan plateau langsung. Nak plateau , nun di puncak sana .
http://gunungmalaysiamountain.blogspot.com
Gunung Cabang dari Gunung Suku . Magnificient bukan ??
Masih kaya dengan flora dan fauna , kali terakhir daki jumpa bekas cakaran beruang yang masih baru, pokok limau hutan yang banyak buahnya dan yang seronok lagi bila di puncak , kami menikmati cuaca yang amat baik sehinggalah kami tamat pendakian .

Kenangan lain adalah bersama dengan peserta dari UNIMAP fakulti PPKAS . Memang habis comot depa ni dihari turun . Hutan lebat disertai dengan trek yang licin . Ramai juga yang tersungkur maka comot sungguh depa sorang sorang keluar dari gunung tambahan pula sebab baju gunung khas kami tu warna putih . Kotor macam orang main selut tangkap ikan di bendang. 

Apa pun yang paling terkesan sekali ialah , ini adalah gunung pertama bersama seorang sahabat bergelar JK NABIL .  Kami berkenalan di sini sebab beliau menggantikan teman aku yang tak dapat hadir bersama . Dialah pengganti guider . Kali pertama berjumpa dia memang mesra dan sangat sangat sangat rendah diri . Kini dia sudah tiada  , Allah sayangkan beliau dan jemput dahulu sebelum aku . Ketika aku menulis post ini , satu satu dan satu lagi dan terus menerus riak muka , senyuman manis , gelak ketawa dan telatah dia menerpa ke kotak fikiran aku . Sambil menulis aku terasa macam sedang berborak dengan dia . Bahkan gaya cakap , lunak suara dan gayanya aku masih ingat . Bunyi suaranya pun aku masih ingat. Kawan  , aku sedekah al- fatihah untuk hang , moga Allah merahmati insan seperti hang.

Saturday, January 25, 2014

Gunung Berembun

Bila kali pertama aku jejak sini aku tak ingat.
Masa 1sttime aku p sini trip yang best sangat  .
ada juga part yang tak best .
1- perjalanannya jauh sekali , dari stesen lrt naik bas sampai ke dungun sana, bandar muktafi bilah..
2- AKu tak enjoy scenery dan kawan sebelah sebab aku mengantuk dan letih sangat dalam bas
3- Bila celik mata, dah sampai ke drop point. berjam jam lamanya aku tidur dalam bas
4- sebenar bas berhenti tukar tayar bocor , aku tak sedar
5- Kawan sebelah aku lelaki , ntah tak layan dia pasal aku sleepy ,  mesti dia ingat aku sombong
6- Aku join juga sebab hormatkan kawan . walhal hati aku tak mau p

aku mengantuk , letih dan tak mau p sebab aku baru jer turun dari G.bintang . Dari kedah aku balik shah alam , letak beg di pagi hari , rehat sebentar hingga ke petang , dapat panggilan dari Encik stone suruh tunggu di Lrt .. adoi lah ..macam mana nak cakap dgn stone ni aku letih bangat . Aku bukan turun naik bintang sebagai pendaki tapi guider. As guider keringat aku diperah lebih skit drpd biasa. Demi hormat kawan , aku pun p cakap , ok stone jumpa di sana nanti .. ambik hang .. cari penyakit.

... to be cont.. 

Thursday, January 23, 2014

Puncak Yellow & Pass

1st time mendaki dulu atas jemputan si Hairel dari MBPJ . Dia masih ingat aku suka mendaki , jadi dia pun call aku , ntah macam mana aku terus setuju . Walhal aku sendiri tak tahu di man Yellow & Pass ini .

Esok malam berkumpul di MBPJ , aku terkedu bila dapat call daripada hairel remind aku supaya berkumpul sebab naik bas di situ . Errkk.. alamak .. sebenarnya badan aku sangat letih . Aku baru saja sampai rumah shah alam siang tadi . Aku baru turun dari Gunung Bintang . Aku dok kira nak cakap saja kat dia tak jadi naik.... tapi mulut ni berat pula . Akhirnya aku kata " OK  hairel " .

Syukur  , dengan word aku kata OK tu aku dapat ramai kawan kawan baru . Al maklumlah naik satu bas , maka hampir satu bas tu aku jadikan kawan baru . Beberapa nama aku sebut kan di sini antaranya Bariza , kak zahra , ijai , azila , asrul , khadijah , along , acik , angah ,  . Depa ni sampai ke hari ni masih berhubung dengan aku . Malah sebab mereka juga lah aku dapat merasa ke Gunung lain. Encik stone aku kenal di sini juga, lepas tu dia ajak aku ke Chemerong Berembun Lansir ( ok..cerita pasal invitation stone pun aku nak tolak ) .
 Gunung ni starting point di sempadan antara Perak & Pahang . Jalan simpang pulai - cameron highland. Baru 20-30 minit mendaki slow slow akan jumpa puncak Pass . Kecik puncaknya tapi kalau tak lawat , rugi lah . Kemudian sambung pendakian turun bukit naik bukit akhirnya sampailah ke puncak . wah.. cakap macam mudah ya .. pelbagai jenis tumbuhan  , trek dan balak sana sini . Ada waterpoint di kawasan rendah  ( kena perhatikan tanda) di tengah tengah trek . Kawasanya water point hutannya agak jarang , tanah rata dan sedikit lembab . Bagus sekali untuk menjadi hunting ground sanga fauna.

Sesudah sampai di puncak , turun ke bawah semula untuk ke water point. Ok .. air banyak cuma tak laju . masih boleh cebok untuk mandi .

View .. superb .. kalau orang ajak memang aku nak pergi lagi ..Cuma aku rasa dah tak best ke sini sebab akan sakit hati dengan penerokaan yang berlaku di sebelah puncak ini .

Gunung Rambong

Negara kita memang ada banyak gunung . Baru baru ini ada bertemu dengan kenalan di Selama , itu sebab dalam perjalanan balik ke kampung memang lalu Selama . Stop kejap nak buat benda lain , teringatkan dia , call .. kami jumpa dan sembang sembang kejap . Terpaku dan tertarik terus pabila dia kata ada trek baru dibuka . Dia offer aku untuk naik sini , dia sudi tunjukkan jalan . Aku masa tu "bagai pucuk dicita , ulam mendatang" sebab aku memang nak hiking lagi tapi tak mau lah gunung yang tinggi tinggi .

Gunong Rambong, Malaysia: Latitude: 5.15718305014444 / Longitude: 100.930251240666 | Elevation: 1173

Baik, para pembaca budiman , masa aku typing post ini , trip ke sini baru jer dalam perancangan . Up event di FB . tak Invite ramai sebab aku cadang nak pergi maksimum pun 15 orang sahaja. Jadi don't ask me soalan yang aku tak dapat jawab . Jangan tanya aku macam aku pernah naik sini . Jadi buat masa ini semua soalan itu pun dalam kotak fikiran aku juga .
Gunung Rambong satelit
  • 3849 kaki
  • anda mungkin tak pernah dengar tapi gunung ini ada.baru buka trek . terima kasih kepada para peneroka trek ini . Jasa mereka kita kenang .
  • Peserta di minta bawa parang ok , trek ini masih " Liar " , kerjasama dari anda untuk clear path nanti .
  • info lanjut hubungi admin 0136061652 whatsapp , tel.
  • Ini adalah event tertutup . Anda dijemput , ntah macam mana boleh ingat anda..budak bertuah betul !
  • Closed sebab nak 15 pax sahaja.
  • limited 15 pax sahaja.
Day 0 : 21 februari
Bagi yang jauh boleh cek in hotel di taiping . simpang. changkat jering. kamunting. murah saja. Kereta akan disimpan di Selama Perak . Kita akan transfer ke starting point dengan kenderaan lain .
::::::::Day 1 : 22 februari
0600 :solat subuh dan sarapan di Pekan Selama Perak
0800 : transfer to starting point by TBA
0900 : Aksi bermula

::::::::Day2 : 23 februari
trekking turun . Pekena teh tarik ramai sebelum bersurai

YURAN :
was RM200
revised
now RM120
including guider  and etc . No meals.
mahal ?then, we're done

Tuesday, January 21, 2014

Gunung Yong Belar

Gunung ini memang menjadi sambutan hangat di kalangan pendaki walaupun puncak tidak hangat tapi sejuk bangat , lagi lagi pabila angin kencang diikuti hujan lebat.. bikin gigil walau dalam khemah.

Gunung ni tinggi , kategori 7000 kaki ke atas. Depa suka sangat sebut G7 .
Nak p sini kena p cameron highland dulu .
kalau set naik ngan aku , aku suka jadikan masjid kg raja sebagai RV point.

Masa aku naik dulu kan .. masa tu ...
pastu masa aku dok guide lain pula rasanya

to be cont. ...

post komen untuk menggalakkan aku sambung cerita ni .

Friday, January 17, 2014

Gunung Irau

Kata orang gunung ni ramai dah pernah daki .
bagi aku , aku akan terus mendaki gunung ini .
pernah satu masa dulu semasa gunung ini ditutup , aku redah naik juga.
Kenapa aku boleh naik berkali kali  .. sebabnya aku tak pernah bosan di sini .
kenapa aku tak pernah bosan .. sebab treknya best
kenapa trek dia best .. sebab Allah yang ciptakannya.



 


Beberapa kali naik sebab bawa pendaki , ada satu trip tu aku rasa puas hati bilamana dapat kenalkan gunung ini dengan pendaki 1st timer . Puas hati tu sebab , selepas gunung ini depa ( plural) terus mendaki gunung gunung lain .