Sunday, June 30, 2019

Mendaki Gunung Bintang .. apa yang perlu .

Di sini memang sekian lama menjadi pintu masuk untuk mendaki Gunung Bintang. Para pendaki perlu meletakkan kenderaan samada di kawasan hutan lipur , tanah persendirian , rumah kenalan mahupun di perkarangan masjid.

Guider
Namun begitu , usah khuatir jika anda sememangnya menggunakan khidmat guider tempatan , maka soal meletakkan kenderaan perkara mudah sahaja. Guider ( adam ) ada sediakan tempat letak kereta di rumahnya sendiri  . keistimewaan sampingan ialah , rumah adam ada sungai . Oleh itu para pendaki tiada masalah untuk membersihkan badan sesudah tamat xpdc nanti .

Permit.
memandangkan ini adalah kawasan jajahan pejabat perhutanan , maka ada baiknya kita minta izin terlebih dahulu . Urusan permit boleh berhubung terus dengan jabatan perhutanan . Boleh juga hubungi kami untuk uruskan pada pihak anda ( kadar caj dikenakan ) . Ambil saja guider adam sebab akan pakejnya berserta urusan permit .

laporan polis.
ini bukan report polis . Ia sekadar pemberitahun kepada pihak polis yang terdekat . Makluman akan dibuat di balai polis Sungai Kob . Balai ini yang paling dekat , 15KM .. pergi dan balik dah jadi 30KM . Butiran peribadi pendaki yang penting mesti didedahkan ialah nama penuh , alamat semasa , no pengenalan , no telefon sendiri,  no telefon kecemasan .

4x4 transfer

ada pendaki yang mahu berjimat maka jalanlah kaki sejauh 5km `1 jam mendaki dan jalan kaki juga apabila pulang nanti . Sangatlah disarankan untuk ambil saja khidmat teksi 4x4 ini untuk hantar dan jemput anda di garisan mula. Jarak perjalanan untuk ke trail head sudah 5km iaitu kira-kira 1 jam berjalan kaki tanpa henti . Bayangkan berapa banyak tenaga telah dibuang sedangkan pendakian sebenar belum pun bermula.

Kadar Bayaran
Kadar bayaran adalah subjektif. Jika penulis letakkan sekarang , nilai ini mungkin tidak “reasonable ’ 4, 5 tahun lagi . Oleh itu ada baiknya berbincang lanjut dengan para guider. Sebabnya para guider yang biasanya akan aturkan untuk pendaki .

BERMINAT ?

HUBUNGI 0136061652 – adam

Friday, April 24, 2015

Kalau dapat camping ramai ramai macam ini

REU CHINA/

Numerous tents are seen during the 2013 International I Camping Festival in Mount Wugongshan of Pingxiang, Jiangxi province. The event which opened on September 14 attracted more than 15,000 campers from all over the world, according to Xinhua News Agency. (Reuters)

Thursday, April 23, 2015

Sila tinggalkan komen

Kami memohon jasa baik agar dapat memberikan komen , pandangan , nasihat , teguran dan cadangan agar dapat memberikan info dan seterusnya menjadikanya sebagai penambahbaik posting akan datang. Kerjasama daripada pembaca sekalian sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih . Oleh itu sila komen di posting ini atau boleh email saja kepada sukahatiadam@gmail.com

 komen

Thursday, April 16, 2015

UiTM Pulau Pinang : Gunung Irau : suksis

kekuatan 32 suksis UiTM P.Pinang +11 Politeknik, 2 unimap
2Hari 1 malam . bermalam di puncak .
Pengangkutan 4x4 Team : Abg Fauzi Mat Isa
Terima kasih kepada 2 buah pasukan lain yang sangat bekerjasama dalam proses menentukan tempat bermalam . Kami di puncak dan mereka 2 buah pasukan ( +- 40 orang) di anak irau . Semangat Orang Gunung boleh kowtim ! tak kenal team tersebut . 1st time kenal mereka.
semasa di masjid kg Raja ( malam mendaki ) , terdapat 4 team . anggaran kira2 100 orang. meriah malam tu . Nasib baik UiTM sri Iskandar (Yong Belar) bermalam di tempat lain .
total, kira kira 90 orang bermalam di Irau . meriah .!!
mode perjalanan , santai : keretapi . tidak putus.
jangkamasa +- 4.5 jam ke puncak, tidak termasuk rehat di anak irau 1 jam.
Perjalanan dipermudahkan dengan peserta sangat berdisplin sebelum mendaki dan dan semasa mendaki. Menjalani latihan stamina .

 

layan gambar di sini

CBL Bersama UiTM Pahang 3-5 April 2015

Trip ini dapat panggilan daripada seorang yang perkenalkan dirinya sebagai saiful , staff UiTM Pahang.

Paling best dapat menikmati Gerhan Bulan semasa berada di Lansir

 

kumpulan ini combination staff dan pelajar.
pelbagai kos dan jabatan kerja .
tak ramai tak sikit tapi cukup untuk dibawa balik pelbagai cerita dan pengalaman.
3H2M cuaca amat baik. Tiada hujan langsung. Menariknya dapat lena di hutan semasa bulan mengambang penuh. Lebih unik lagi REZEKI kami ialah dapat melihat gerhana penuh semasa berada di kem Lansir. tiada awan menutupi fasa gerhana hingga tamatnya gerhana. SubhanaAllah.
tagline menarik :
Ustazah , mas cotek , penyu , labi .....
cerita penuh...BERSAMBUNG.

to be continue….

Monday, May 26, 2014

QUOTE : Gunung apa yang dicari di sana

Kenapa nak naik gunung selalu.
Ok.. truly aku x dapat jawab.
Especially bila stamina tak mencukupi hingga mendaki itu menyiksakan jantung dan seluruh sendi di badan ni

Wednesday, March 5, 2014

TRIP GUNUNG AKAN DATANG MARCH , APRIL ….NOVEMBER,DISEMBER 2014

Selepas ini akan akan beberapa trip gunung yang akan dilaksanakan . Buat masa ini target saya hanyalah beberapa buah gunung yang jarang didaki oleh peserta . Jadi kalau pembaca blog ini merupakan seorang pendaki gunung , maka dengan itu saya jemput awak untuk join saya dan rakan rakan nanti . Jika anda seorang yang belum pernah mendaki , tetapi ada keinginan , insyaAllah .. boleh juga . Kami akan bantu anda .

3PB160267

Beberapa buah gunung dalam perancangan antaranya : -

Gunung Biong ,
Gunung Chingkai ,
Gunung Rambong ,
Gunung Gerah  -Bilah – Bieh  ,
Chemerong – Gunung Berembun – Lansir ,
Gunung Tebu ,
Gunung Kuar ,
Gunung Gajah Terom ,
Gunung Bintang,
Trans Bintang,
Gunung Ulu Jerneh,
Gunung Kinabalu 7 puncak ( 2015) ….
ini semua niat , insyaAllah , satu persatu akan dilaksanakan mengikut kesesuaian masa . Paling terdekat ialah Gunung Rambong pada April nanti . Diikuti Gunung Chingkai .

sesiapa yang kenal denga saya tentu tahu susun atur dan pengendalian saya bagaimana . Bagi yang baru nak kenal , jangan risau , tak kena makan , tak kena pukul pun . call saya . sms saya . whatsapp saya . 0136061652.